Friday 16 October 2015

Salam Jumaat

Assalamualaikum.

Jumaat, 16 October 2015.

Amalan sunat pada hari Jumaat.




Cara memotong kuku mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W



Semoga kita semua berada dalam lindungan-Nya dan diberkati.

Amin. Ya rabbal'alamin.



Love,
Nisa Ahmad
nisaasilah.ahmad@gmail.com
+6013-3935220
IG: nisaaaahmad

Thursday 15 October 2015

Ohhhh Nooooo.....jerawat???

Assalamualaikum.


Bila cerita bab jerawat je mesti ramai wanita yang akan sentap sebab bab jerawat ni agak sensitif untuk sesetangah wanita.. Yes, sesetangah je sebab ada yang sesetengah lagi sebenarnya tak heran pon muka naik jerawat.

So sebelum cerita lebih lanjut jom kita tengok kat kawasan mana yang biasanya jerawat tumbuh dan kenapa tumbuh kat situ?





Biasanya ada 4 kawasan iaitu:


1. Dahi

2. Hidung
3. Pipi (kiri atau kanan)
4. Mulut dan dagu

Korang boleh refer gambar kat atas ni utk mengetahui punca kenapa jerawat tumbuh di kawasan terbabit.


Basically bila jerawat macam ni naik, apa tindakan korang? Mesti ada yang suka picit kan? Well nasihat Nisa tolong jangan picit sebab ianya bakal meninggalkan parut yang utk sesetangah orang mengambil masa bertahun untuk hilangkan parut.


Untuk Nisa, senang je nak solve kan masalah ni. Yes, Nisa pon selalu je ada naik jerawat juga especially bila tak cukup tidur or hormon tak seimbang disebabkan nak mula period. 


First, Nisa memang menggunakan marine essence beauty bar sebagai cleanser. Bila masa cuci muka ni, of course 2x sehari la kan. sebab kalau selalu sangat cuci pon tak elok juga dan boleh membuatkan muka terlampau kering.



Marine Essence Beauty Bar
Untuk tahu details tentang apa itu Marine Essence Beauty Bar boleh baca entry sebelum ni kat sini 


Selain daripada produk untuk luaran, yang dalaman pula Nisa makan jamu maharani pada waktu pagi sebelum sarapan.

Jamu Maharani
Untuk details tentang jamu maharani boleh baca entry sebelum ni di sini


Untuk malam sebelum tidur pulak Nisa akan minum BB Plus Collagen. Cara minum hanya bancuh 1 sachet dengan air putih yang sejuk (peti ais ye bukan letak air batu ye) supaya rasa lebih sedap. 

BB Plus Collagen

Untuk tahu details BB Plus collagen pula, boleh baca entry sebelum ni kat sini

So, itu la cara-cara Nisa menjaga kulit ye.. well ada yang komen memang kulit Nisa pon tak terok sangat. Yes, I admit it tapi still kita sebagai wanita kene jaga kulit kita sebab bak kata orang "first impression" itu penting. Jom Nisa kongsi lagi sikit tips-tips untuk dapatkan kulit cantik yang biasanya Nisa amalkan.

Tips kulit cantik:

1. Minum air kosong secukupnya - as for Nisa minum air BV Alfalfa je sebagai agen detox
2. Bersenam atau beriadah - supaya peluh keluar so rasa segar sikit
3. Pastikan tidur yang secukupnya juga
4. Kalau dah make-up jangan lupa untuk cuci - jangan biasakan diri tidur dengan make-up di muka
5. Rajin-rajin pakai masker - atau ada budget lebih boleh juga pergi spa buat facial
6. Pastikan tidak mencuba produk sebarangan sebab ada yang allergic dan pastinya jerawat mudah naik
7. Jangan kutil jerawat - biar kering sendiri 

If ada antara korang yang nak cuba produk-produk diatas, boleh contact Nisa terus ye.

Till then.

Love,
Nisa Ahmad
nisaasilah.ahmad@gmail.com
+6013-3935220
IG: nisaaaahmad

Tuesday 13 October 2015

Legoland Water Park Malaysia

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan. Hari ni baru Nisa dapat nak share tentang Legoland punya trip. Almaklumlah hp masuk "hospital". Kat mana nak start dulu ni?? 

It was all started masa Nisa duty kat MATTA Fair awal September hari tu..since memang dah tahu kata date tu nak kene pegi JB so apa lagi kita pon plan and survey la apa aktiviti blh buat masa kat JB. Kebetulan Legoland memang ada buat offer special rate kalau purchase tiket masa MATTA. 

For me the price quite ok jugak la sebab bukan selalu pon dapat peluang nak pergi kan..dah alang2 ada kat sana so kita fully utilize opportunity kat sana..Normal rate for kid (3 to 11 years old) RM101.00 but masa offer harga jadi RM71.00. As for adult pulak normal rate RM122 and offer jadi RM85.00. Since nama pon sekali sekala - kita pon beli pejam mata la kejap.

Flyers masa MATTA Fair 
So after breakfast kitorang pon cepat2 la masuk sebab konon2 takut orang ramai kan..so jom layan gambar sikit...

Selfie kat depan entrance Legoland dengan budak gendut 
Bila nak masuk ke entrance water park, kene lalu hotel legoland ni...kitorg tak masuk pon but just tangkap2 gambar je depan tu...

Like mother like son - gila selfie jugak

Si gendut dengan sepupunya Aida

Harus ibu pon nak posing kan..agak2 ibu pakai PB ke tak ni??


And taraaaa.....dah sampai depan entrance waterpark....

Posing dulu kat entrance Legoland Waterpark sebelom masuk berendam
Masuk2 je biasa la kene lepas dulu dengan spot check beg and scan tiket bagai..kitorg ni berzikir je supaya security tak check beg..pasai kitorg seludup banyak makanan sebab dah tau sangat makanan kat dalam mesti mahal2 kan...

So kat entrance ni ada kaunter utk simpan barang as in locker area and kaunter untuk sewa tuala dan Cabana (khemah boleh rehat2 kat dalam tu). Well pendapat Nisa, kalau korang tak ada anak kecik, tak yah amik cabana pon tak pek sebab sewa terlalu mahal which is RM300 per day. Banyak je kerusi2 and shades yang dorang sediakan so lepak kat situ pon boleh...Tuala plak bawa la siap2 dari rumah sebab sewa tuala sahaja pulak RM30 + RM30 (deposit).

Tempat berehat yang disediakan
Nampak tak macam khemah2 belakang tu, ha tu la cabana yang harga 300 tu...siap ada kipas, kerusi, fridge and safe box..if korang letak beg kat kerusi2 pon ok je..insyaAllah selamat...

Area wave pool

Si gendut dengan ibu
 Dah penat mandi2 bagai and main slides sampai rasa nak pengsan tu....kitorg pon break for lunch kejap..amik 2 sets je sebab ada roti yang dah diseludup masuk kan...



Break for lunch sambil amik angin tepi wave pool
 Layan gambar-gambar lain pulak....


Slide untuk kiddies

Tempat ni best, ibu pon suka sangat 

Ibu layan selfie

swag katanya

Area untuk kiddies jugak

Lego blocks besar2 ni boleh jadi pelampung

Just duduk atas pelampung pastu bergerak sendiri



Entrance Build A Raft - tempat yang ada lego blocks banyak2 tu

Ole2 for myself - keychain lego block yang boleh engrave

And lagi satu kan yang best pasal legoland ni...bila korang nak main slide tu mesti guna pelampung kan...so semua pelampung yang disediakan semua free....which I think better than Sunway Lagoon la.. So lepas ni korang blh la plan nak pegi pulak ye....

Till then.

Love,
Nisa Ahmad
nisaasilah.ahmad@gmail.com
+6013-3935220
IG: nisaaaahmad

Friday 9 October 2015

Food Review: Rojak SS15



Assalamualaikum.

Kali ni Nisa nak buat entry food review pulak sebab macam seronok bila dapat share tempat makan yang best2 dengan reader (macam la banyak sangat reader Nisa ni kan)

Well, semalam before pegi jumpa client Nisa sempat singgah kat Subang Jaya SS15 nak makan..since masa keluar memang time lunch kan...so kita pon discuss la dalam kereta nak makan apa...Adik manis Farah ni ajak makan buttermilk chickentapi  sebab parking susah nak dapat area Subang ni so plan pun dah bertukar.. tiba-tiba pulak terlalu kat SS15 and end up makan rojak mamak je kat SS15.. 

Rojak SS15 ni memang famous lah sebab selain rasa yang sedap (kuah and kuih2 dlm rojak tu) tempat ni senang nak cari and ada makanan2 lain jugak yang korang blh makan kat sini..all at 1 place... ada cendol, kuih muih and even nasi lemak....

Jom kita layan gambar....

Masa beratur tunggu giliran
Laju je mamak ni potong-potong tahu and kuih kuih rojak tu

Makan tanpa rasa bersalah..muka excited dapat makan rojak 

Dengan adik manis Farah

Tunggu hp siap repair kita nak buat review makan tempat lagi best2..ada lobster, ada cheese cake..*mati la mak kalau coach baca entry food ni kan*


Till then.

Love,
Nisa Ahmad
nisaasilah.ahmad@gmail.com
+6013-3935220
IG: nisaaaahmad



Thursday 8 October 2015

Siapa makan jamu??

Assalamualaikum.

Sebelum mula kan cerita hari ini, Nisa nak tanya dulu.

1. Siapa biasa makan jamu?
2. Siapa pernah makan jamu dulu? Tapi sekarang dah tak makan?
3. Siapa nak cuba makan jamu?

Macam Nisa sendiri dulu tak biasa pon makan jamu tapi bila dah masuk zaman remaja atau erti kata lain bila dah mula period (baligh) kita pon berjinak2 la makan jamu. Ada beberapa jamu jugak yang Nisa dah cuba and yang paling serasi adalah herba Maharani.

So today, Nisa nak share sikit pasal jamu/ herba Maharani. Biasa ke dengar nama herba Maharani?

Apa itu jamu/herba Maharani?




Jamu/herba Maharani atau nama original adalah Beijing Te Zhi Bai Feng Wan berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming. Ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan. Beijing Te Zhi Bai Feng Wan menggabungkan banyak jenis ubat yang berharga dan dihasilkan melalui teknologi terkini. Ia bersifat halus, lembut, rasa wangi dan tulen, berkesan dalam menambahkan tenaga dan darah, juga menyelaras kitaran haid wanita.

Apa ramuan yang ada dalam jamu/herba Maharani?

Jamu/herba Maharani mempunyai kombinasi lebih daripada 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu pati ayam hitam, Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita dan Radix Giycyrrhiza Uralensis.

Jamu/ herba Maharani mempunyai kelulusan

Pengiktirafan Halal oleh Pertubuhan China Islamic Association
(Badan Islam diluar negara yang diiktiraf JAKIM)


Ketiadaan LOGO HALAL pada produk hanyalah disebabkan PRODUK ini dari LUAR NEGARA (China) dan JAKIM tidak boleh meletakkan logo HALAL disitu.



Apa kelebihan jamu/herba Maharani ni?

1. Ia akan menyelesaikan masalah haid tidak teratur.
2. Menyelesaikan masalah senggugut, keputihan dan kekuningan.
3. Anti bakteria (sekitar faraj)
4. Melegakan sakit pinggang, sendi dan lutut.
5. Melegakan migrain dan angin dalam badan.
6. Menguatkan hati dan buah pinggang.
7. Melegakan asma.
8. Menghilangkan bau mulut (terutama waktu pagi)
9. Baik untuk pesakit diabetes (untuk kencing manis)
10. Menyelesaikan masalah buasir.
11. Merangsang hormon estrogen, progesterone & androgen (hormone seks)
12. Menberi kebahagiaan kepada pasangan.
13. Kesuburan dan awet muda.
14. Mencantik, menegang dan melicinkan kulit.
15. Menaikkan seri muka.
16. Menegangkan payudara.
17. Menghilangkan kelesuan dan muka pucat.
18. Melambatkan proses menopous.
19. Menguatkan antibodi/imunisasi.
20. Melancarkan peredaran darah.
21. Menghilangkan perpeluhan pada waktu malam.
22. Amalan semasa berpantang.
23. Menambah darah semasa bersalin.
24. Menguatkan otot-otot rahim dan peranakan.
25. Memperbanyakkan pengeluaran susu badan selepas bersalin.
26. Menghilangkan urat timbul.
27. Mengimbangi tekanan darah.
28. Meningkatkan kecerdasan minda.

Tips bila makan jamu/herba Maharani

1. Digalakkan mengambil 1 bola (50 biji) setiap hari sebelum makan sarapan atau malam sebelum tidur
2. Tidak digalakkan mengambil pada waktu period
3. Pastikan minum air kosong lebih supaya penyerapan herba lebih efektif
4. Makan jamu dengan air suam/ kosong
5. Sekiranya anda berasa panas boleh kurangkan pengambilan kepada 1/2 bola iaitu 25 biji dan gunakan air garam semasa pengambilan jamu/herba Maharani
6. Kanak-kanak tidak dibenarkan mengambil jamu/herba ini
7. Elakkan pengambilan makanan bersifat sejuk seperti tembikai, salad dan teh
8. Sekiranya anda mengambil makanan tambahan seperti asid folik, jarakkan waktu pengambilan jamu/herba maharani selama 4 jam

Testimoni jamu/herba Maharani

Testimoni 1: Kurang keputihan

Testimoni 2: Kurang sakit pinggang semasa period, badan bertenaga

Testimoni 3: Tiada senggugut lagi

Testimoni 4: Period keluar setelah berbulan tidak period


Korang boleh juga baca my previous entry on herba Maharani ..sekiranya ada antara anda yang mempunyai masalah seperti period tidak teratur, badan tidak bertenaga, keputihan dan lain-lain..boleh la cuba herba Maharani ni ye... contact Nisa untuk maklumat lanjut...


Till then..

Love,
Nisa Ahmad
nisaasilah.ahmad@gmail.com
+6013-3935220
IG: nisaaaahmad

Wednesday 7 October 2015

Resepi Wak Imah : Ayam Ungkep

Assalamualaikum.

First time nak share resepi yang dulunya saya tak pernah masak. Tapi end up bila dah kahwin belajar sikit2 dari mak mertua. Kalau orang Jawa memang famous la lauk ungkep ni sebab lauk paling simple dan paling mudah utk di masak.

Jom kita tengok resepi dulu.

Bahan-bahan:
Ayam - basuh bersih dan toskan air
2/3 batang serai - normally 2 saya blend and 1 saya ketuk (depends kuantiti ayam)
Minyak masak - untuk menumis sahaja
Air 
Garam buluh  - saya memang pengguna tegar GB, tapi korang guna garam biasa pon boleh sebenarnya.
Gula - saya guna scoop susu baby dlm 2-3 scoop
Perasa - optional

Bahan kisar:
Bawang besar - 1 
Bawang putih - 3/5 ulas (depends kuantiti ayam juga)
kunyit hidup - anggaran panjang jari kelingking pon boleh
cili padi/ kampung merah - 15 biji atau boleh kurangkan atau lebihkan lagi mengikut tahap kepedasan korang

Bahan tumis:
Serai yang diketuk - 1 
serbuk ketumbar - 1 sudu plastik IKEA
serbuk jintan manis - 1 sudu plastik IKEA
serbuk jintan putih - 1 sudu plastik IKEA

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis sebatang serai yang diketuk dan agak garing masuk kan semua bahan kisar
2. Masukkan bahan tumis yang segala jenis serbuk tu. Nisa biasanya gunakan serbuk Babas 
3. Tumis semua sampai naik minyak dan bau segala masukkan la garam, gula, perasa 
4. Masukkan ayam dan gaul bagi sekata
5. Masukkan air kalau bahan tumis tadi tidak mencukupi utk menutup semua ayam - agak2 je masukkan air
6. Tutup kan kuali/ periuk, buka api sederhana dan biar sehingga ayam empuk
7. Dah siap boleh hidangkan seperti biasa


Taraaaaa..... ni la hasilnya.......


Gambar kredit : Azie Kitchen
Gambar sendiri tiada sebab hp pon dah masuk "hospital" so if ada later kita akan update lagi ye..


Selamat memasak!!


Love,
Nisa Ahmad
nisaasilah.ahmad@gmail.com
+6013-3935220
IG: nisaaaahmad


Mulakan Hari Anda dengan Mineral Coffee

Assalamualaikum...


Cepat dan ringkas...everyday without fail memang Nisa akan start my day dengan Mineral Coffee.




So apa kelebihan Mineral Coffee ni sampai memang sehari pon Nisa tak miss minum?? JOm kita tengok..


Kelebihan Mineral Coffee

1. Perut akan lebih kenyang
2. Bertenaga sepanjang hari
3. If migraine, mineral coffee la solutionnya (I don't take any pain killer anymore)
4. Senang sangat sangat nak membuang
5. Rasa yang enak dan sedap
6. Membantu tidur dengan lebih lena pada waktu malam
7. Membantu mengurangkan period pain



Apa pulak ramuan utama dalam Mineral Coffee ni??

1. Biji kopi Robusta
2. Garam buluh 

Apa benda Garam Buluh tu??

Garam buluh ni berasal dari Korea dan ianya mengandungi 76 jenis mineral berkhasiat, kaya dengan magnesium dan anti-oksidan. 



Perbezaan antara garam biasa dan garam buluh


Berapa harga Mineral Coffee ni?

Sekotak ada 20 sachet dan harga untuk sekotak adalah RM30.00


So kalau ada yang berminat nak order or even nak menjual Mineral Coffee ni, boleh contact Nisa terus ye....dengan Mineral Coffee pon mampu membantu menggandakan income anda.


Till then...

Love,
Nisa Ahmad
nisaasilah.ahmad@gmail.com
+6013-3935220
IG: nisaaaahmad



Tuesday 6 October 2015

Warna Air Kencing Menentukan Tahap Kesihatan Anda

Assalamualaikum...

Mesti semua orang dah biasa dengar atau baca tentang warna air kencing (urine) yang dapat menentukan tahap kesihatan masing-masing kan. So hari ni saja nak share lagi sekali as a reminder untuk diri saya sendiri dan kawan2 lain.


Tiada warna (lutsinar) - jumlah air yang anda minum lebih dari cukup 
(warna ni selalunya dalam 10 minit sekali rasa kene berlari ke toilet)


Warna pucat - Anda juga sihat sebab kandungan air yang diminum adalah mencukupi


Kuning lutsinar - anda normal 


Kuning gelap - Normal tapi masih perlu minum air lagi


Warna Kuning Madu - anda kekurangan air dalam badan, sila minum lebih lagi


Warna perang - kemungkinan mempunyai masalah hati (liver)


Berwarna merah jambu kemerahan - Adakah anda ada makan makanan seperti blueberry? Jika ya, ianya normal. Jika tidak, anda mungkin mempunyai jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang atau hati. Jangan tangguh2 anda kene berjumpa doktor


Warna biru atau hijau - ini sangat rare tapi jangan terkejut ianya ada terjadi. Ianya tidak merbahaya tetapi sekiranya ianya berterusan, boleh la segera berjumpa dengan doktor


Warna ungu - jangan buat pasal ye...mana la ada urine warna ungu kan... :)


Berbuih dan berwarna kuning - ini mungkin disebabkan protein yang berlebihan tetapi mungkin juga buah pinggang anda bermasalah. Kalau terlalu kerap berlaku macam ni sila berjumpa doktor dengan segera.



Dengan erti kata lain, kene rajin minum air kosong ye..bukan air manis macam kopi, teh and especially carbonated drink..

Macam saya sudah semestinya air kosong yang dicampurkan dengan BV Alfalfa. Bukan hanya minum air semata2 tapi BV Alfalfa sebagai agent detox untuk saya.


Keep fit & healthy guys!!

Love,
Nisa Ahmad
nisaasilah.ahmad@gmail.com
+6013-3935220
IG: nisaaaahmad




Friday 2 October 2015

Kenapa Nisa nak pakai Premium Beautiful??

Assalamualaikum,


Apa khabar semua? Hopefully sihat2 belaka. This time Nisa nak share kenapa Nisa pakai Premium Beautiful (PB) and macam mana boleh bermulanya Nisa nak pakai.

Kalau ikotkan betol2 memang dah lama dengar about korset PB ni tapi tak pernah la tahu apa kelebihan korset ni sebenarnya. Mula2 dulu ingatkan korset sekadar korset je. Tapi bila lepas Nisa buat reaserch and baca macam2 review Nisa pon jadi tertarik. 

Kerana apa??

1. Korset PB boleh membantu masalah2 wanita i.e irregular period

2. Korset PB dapat bantu gandakan income Nisa 

Mesti korang semua pelik kan macam mana set korset PB bantu masalah wanita pastu siap bantu ganda income pulak..bab tu Nisa akan share kan dalam next entry pulak..So sekarang jom tengok apa item yang ada dalam 1 set korset PB.


 1. Long Girdle

2. Long Bra


3. Waist Nipper


FYI, each item ada fungsi yang tersendiri dalam membantu masalah wanita seperti period tak teratur, sakit belakang, senggugut, migraine, digunakan semasa pantang (deliver) dan macam2 lagi.

As for Nisa, perubahan yang ketara yang Nisa alami seperti berikut:

1. Less migraine - berkurang yang sangat ketara
2. Period lebih teratur
3. No more senggugut
4. No more sakit pinggang while driving
5. No more sakit belakang while carry my laptop bag
6. Badan lebih bertenaga dan cergas 
7. Seriously jarang mengantuk during the day (especially kalau kat office because aircond sejuk and of course you will tend to sleep)
8. Inch and weight loss

Today, actually mark my 1 year journey dalam memakai korset PB dan dalam proses untuk menurunkan berat badan dan towards healthy life style.

So, if you are still looking for a corset...Nisa sangat recommend untuk korang dapatkan satu set korset PB sebab bukan hanya membantu utk memperbaiki mutu kesihatan tapi investment yang sangat berbaloi. Because it's lifetime warranty which other lingerie tak ada part ni.

Yes, i repeat.. LIFETIME WARRANTY.

Korang boleh la contact Nisa untuk free fitting dan maklumat lanjut boleh terus watsapp Nisa atau call je..

Last but not least, here goes my pics in 2014 against photo in 2015.

2014 vs 2015

And also photo collection of my OOTD regardless pakai baju apa pon you will still look good in it.

Nisa OOTD

Love,
Nisa Ahmad
nisaasilah.ahmad@gmail.com
+6013-3935220
IG: nisaaaahmad