Assalamualaikum..
|
Source from Google |
Malam tadi kita semua dikejutkan dengan pemergian seorang alim ulama yang sangat dihormati lebih2 lagi buat rakyat negeri Kelantan.
Sejujurnya, saya tak pernah pon berjumpa depan2 dengan TGNA tetapi bila mendengarkan berita pemergiannya rasa sayu dan sedih sebenarnya..pagi ini pulak bila dengar bacaan surah Yasin yang dimainkan oleh radio HotFM hati jadi lebih sayu dan tanpa disedari mengalir air mata ini...
Sehingga ke saat saya menaip entry ni masih terfikir lagi tentang niat saya dan suami untuk berjumpa TGNA untuk tahnik atau belah mulut sekiranya saya mengandung dan melahirkan anak kami..tapi impian hanya tinggal impian la...
Apa sekali pun yang berlaku, solat jenazah dan pengebumian sudah selesai dan kagum melihat betapa ramainya yang datang untuk memberi penghormatan terakhir buat TGNA. Kita yang masih hidup ni tetap kene meneruskan hidup..dan ada pepatah mengatakan jodoh, ajal, maut serta rezeki semua adalah rahsia..setiap orang pasti akan pergi juga cuma bagaimana dan bila itu yang kita tidak tahu..
Semoga roh TGNA dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan orang2 yang beriman. InsyaAllah..
Alfatihah..
Love,
Nisa Ahmad
nisaa.ahmad60@gmail.com
+6013-3935220
IG: nisaaaahmad